Pages

Delivering Happiness by Tony Hsieh

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak review tentang buku ketiga saya baca di dalam bulan Ramadhan lepas. Wow! 3 buku sebulan..sungguh mengkagumkan. Buku ini diberi nama Delivering Happiness by Tony Hsieh.

Selepas membaca Rich dad Poor dad hari tu, saya menjadi agak obses tentang business. Tetapi selain menjual ayam bakar kat kolej ketika bulan Ramadhan, saya takde pengalaman lain. So, saya decide yang saya perlu belajar dahulu tentang business. Dengan semangat berkobar-kobar itu, saya pun pergilah ke kedai buku. Setelah membaca beberapa helai page dalam buku ini saya pun membelinya. Ternyata pilihan ini amat tepat. Saya habis membacanya dalam 3-4 hari sahaja. Sangat menarik!

 Buku ini adalah cerita pengalaman Tony Hsieh ini tentang pengalaman beliau dalam membuka business. Bermula time di kecik, dengan cuba menjual cacing, hingga ke zaman sekolah di mana dia membuat beberapa business kecil dari rumah seterusnya di zaman universiti dia mengambil alih sebuah cafe. Sepanjang saya baca buku ini saya terfikir, kenapalah aku takde business sendiri?

Kemudian apabila die dah grade, die bersama beberapa kawan buat satu online company, Link Exchange lalu menjualnya kepada Microsoft dengan harga yang tinggi. Setelah beberapa lama kemudian dia terlibat dalam mengembangkan sebuah lagi perniagaan online iaitu Zappos. Zappos akhirnya dibeli Amazon.com dengan harga billion! Namun, tidak cukup dengan itu, ada cerita yang menarik tentang Zappos ini kerana prinsip company ini adalah mengutamakan budaya yang positive kepada pekerjanya dan pelanggan. Sebab itulah nama buku ini adalah "delivering happiness".

Saya recommend anda baca buku ini, dan anda juga mungkin akan berasa tidak sabar untuk memulakan business anda sendiri. Saya pun sekarang sedang mengintai-intai peluang yang tertebar luas dalam internet ini. Insyallah setiap orang yang berusaha itu akan berjaya!

1 comment: