Pages

Rich Dad Poor Dad




Assalamualaikum,

Di sini, saya nak  kongsi buku bertajuk Rich Dad Poor Dad by Robert Kiyosaki. Buku ni sebenarnye dah lame, tapi nak buat macammana baru tergerak hati nak bace. Jika ada satu buku yang anda perlu baca tentang ekonomi diri, inilah bukunya. Buku ni menyebabkan saya berasa sangat teruja untuk belajar tentang pelaburan dan ekonomi serta memahami selok belok pasal duit. Jika anda ingin mengubah masa depan anda, buku ini boleh menjadi titik tolaknya. Buku ini telah banyak membuka minda dan pandangan saya. Saya harap anda juga akan terinspirasi bersama. Insyaallah!

Buku ni menceritakan pengalaman Robert Kiyosaki yang ada ayah dua ayah, kaya dan miskin. Ayahnye yang kaya tidak terpelajar tetapi faham bagaimana melaburkan wang dengan bijak. Manakala ayah miskinnya bijak dan ada pekerjaan yang elok, tetapi cume makan gaji dan tidak pandai melabur.

Antara yang menarik adalah:-
- orang kaya tidak kerja untuk duit, tetapi duit kerja untuk mereka
- perbezaan antara aset dan liability - jika anda rasa rumah dan kereta anda adalah asset, anda paling perlu   baca buku ini
- membuka mata melihat peluang yang orang lain mungkin terlepas
- memahami risiko dalam melabur
- kepentingan memahami ilmu
- tidak bergantung kepada hanya satu sumber pendapatan

Sekian.

No comments:

Post a Comment